Salindah: Pengalaman indah semasa mengandung, bersalin dan dalam pantang



<< April 2007 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30

Set lengkap untuk wanita mengandung, dari awal kehamilan hingga habis pantang

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Monday, April 16, 2007
Perkembangan Bayi Dalam Kandungan - Bulan ke Bulan

Apabila hamil, beberapa perubahan fizikal dan emosi akan berlakun. Tempoh haid akan berhenti manakala buah dada menjadi lembut dan besar. Tabiat cara makan juga berubah, kemuraman dan keletihan mungkin berlaku.

Bulan Pertama:
Ketika ini, jantung, limpa dan sistem pencernaan bayi mula terbentuk. Bayi mula menerima makanan dan membuang kotoran melalui tembuni dan tali pusat (pembuluh darah yang menghubungkan bayi yang membesar kepada kulit rahim). Bayi ketika ini panjangnya kira-kira ½ inci (½ cm).

Bulan Kedua:
Pada hujung minggu kelapan, lengan, kaki bayi dan semua organ utama bahagian dalam telah terbentuk. Jantung bayi mula mengepam darah. Wajah bayi mula jelas dan bahagian otaknya mula terbentuk. Panjang bayi ketika ini hampir 2 inci (5 cm).

Bulan Ketiga:
Menjelang bulan ketiga, kebanyakan wanita mula menampakkan tanda-tanda fizikal kehamilannya. Mulai bulan ini, bayi akan membesar dengan cepat, panjangnya bertambah beberapa milimeter setiap hari. Wajahnya bertambah  jelas. Ibu jari, jari kaki, telinga dan kelopak mata telah terbentuk. Beratnya kira-kira 1 auns (28 gram)  dam panjangnya 3 inci (8 cm).

Bulan Keempat:
Seluruh organ bayi telah terbentuk dan ia semakin besar. Menjelang bulan keempat, bayi semakin aktif dan mula menolak lengan atau kakinya dalam kandungan. Panjangnya lebih daripada 6 inci (15 cm) dan beratnya lebih daripada ¼ paun (114 gram).

Bulan Kelima:
Degupan jantung bayi boleh didengari jelas dengan menggunakan stetoskop. Pergerakannya lebih kuat dan mudah dirasa. Panjang bayi ini lebih daripada 10 inci (25 cm) dan beratnya kira-kira ½ paun (227 gram).

Bulan Keenam:
Perut anda semakin besar, manakala pergerakan bayi bertambah kuat. Kulit bayi kelihatan merah dan berkerut. Panjangnya kira-kira 12 inci (30 cm) dan beratnya kira-kira 1½ paun (680 gram).

Bulan Ketujuh:
Mata bayi kadang-kala terbuka dalam beberapa waktu. Sekiranya ia dilahirkan dalam waktu ini, dia dianggap sebagai bayi sebelum waktu (pramatang) yang memerlukan jagaan khas. Beratnya kira-kira 2½ paun (1.3 kg) dan panjangnya kira-kira 15 inci (38 cm).

Bulan Kelapan:
Tumbesaran bayi telah lengkap. Pergerakan atau "tendangannya" agak kuat dan dapat dilihat dari luar. Kulitnya tidak berkedut lagi. Biasanya bayi berada dalam posisi kepalanya ke bawah supaya kepala keluar dulu ketika proses bersalin nanti. Beratnya kira-kira 4 paun (1.8 kg) dan panjangya kira-kira 16½ inci (42 cm).

Bulan Kesembilan:
Tumbesaran bayi ini mencapai tahap yang memungkinkannya untuk hidup di luar perut ibunya. Berat bayi kira-kira 6 hingga 7 paun (2.7 hingga 3.2 kg) dan panjangya 20 inci (50 cm) atau lebih.


Posted at Monday, April 16, 2007 by salindah
 

Previous Entry Home Next Entry